Tuesday 29 December 2015

Kebaikan Garam Tisu Biokimia

Garamtisu Biokimia membantu penghadaman dan pencernaan, membina daah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda si manja.

Dalam bentuk point, ia boleh dikelaskan seperti berikut:
  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.

Kalsium

  1. Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
  2. Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
  3. Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
  4. Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
  5. Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
  6. National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
  7. Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang.
====
Dapatkan Susu Biomil Xcel dari kami di SINI.
====

Tuesday 22 December 2015

Kesan DHA Kepada Ibu Dan Kanak-kanak


Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak.

Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini.

WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.

Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas.

Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.

P.s: Susu Biomil Xcel mengandungi DHA yang diperlukan untuk tumbesaran anak anda. Diformulasikan khas untuk membina akal dan akhlak yang baik.

Monday 21 December 2015

Apa Itu DHA?


DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda.

Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.

60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama


Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA


Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah :
  1. pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
  2. pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
  3. pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
  4. Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah :
  • mengurangkan triglycerides (lemak).
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
  • menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  • mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. 
Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.

Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.

Thursday 17 December 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Biomil Xcel?

Biomil Xcel adalah susu formula istimewa dirumus khas mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling (EMS).

Pada peringkat awal perkembangan minda kanak-kanak, sinapsis sel-sel otak adalah sangat pantas. Rangsangan dan nutrisi yang secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif.

Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikal di samping menguatkan daya imuniti.

Garamtisu Biokimia pula membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda si manja.

Susu Biomil Xcel kini hadir dengan desain baharu dalam bentuk kotak

Kebaikan Garamtisu Biokimia

  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
Susu Biomil diformulasikan khas untuk membentuk generasi yang cemerlang pada masa depan. Makanan yang baik dan bagus untuk minda akan mempengaruhi perkembangan anak-anak kita. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...