Thursday 24 March 2016

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Ekzema Pada Bayi

Kulit bayi terkenal dengan kehalusan dan kemulusannya tetapi ada juga bayi yang mempunyai masalah kulit. Antara masalah kulit yang kerap mengganggu bayi adalah ruam dan ekzema.

Mempunyai anak yang mengalami masalah kulit ekzema memang merisaukan ibu bapa. Bayi yang mempunyai masalah ekzema cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.

Faktor genetik dan sejarah keluarga juga salah satu sebab yang menyebabkan si kecil mungkin dihinggapi ekzema.


Ini 10 info tentang ekzema yang ibu dan ayah perlu tahu.

1. Secara umum, penyakit kulit seperti ekzema adalah perkara normal berlaku kepada bayi kecil. Perubahan cuaca, habuk dan hama menjadi pencetus utama ekzema pada bayi.

2. Ekzema adalah keadaan kulit yang kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit kulit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun.

3. Paling merisaukan ialah ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi  hanya dapat dikawal dengan rawatan dan produk yang sesuai.

4. Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah.

5. Pada situasi tertentu ekzema akan menyebabkan ruam bernanah dan berdarah.

6. Biasanya anggota badan yang menjadi tumpuan ekzema adalah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

7. Ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

8. Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam (hay fever) atau dikenali sebagai atopic triad.

9. Hubungan kekeluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.

10. Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.


Ibu bapa boleh bertindak dengan memilih produk penjagaan diri yang bersifat organik untuk si kecil bagi merawat penyakit kulit ini. Produk organik dihasilkan daripada adunan ramuan semula jadi yang membantu melembap dan mengurangkan kegatalan kulit si manja yang ekzema.

Ini kerana penghidap masalah kulit ekzema memerlukan usapan usapan bahan yang lembut. Produk seperti tisu lembap, losen, sabun cecair, syampu adalah antara produk yang paling utama digunakan oleh si comel.



P.s: Tahukah anda Susu Biomil Xcel mengandungi bahan untuk merawat penyakit eczema. Ia dirumus khas untuk merawat pelbagai penyakit bayi anda samada kulit dan system pencernaan mereka. 

Anda boleh berikan kepada bayi comel anda dengan oder Susu Biomil Xcel di SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...