Monday 18 January 2016

3 Mitos Makanan Semasa Berpantang Ibu Mesti Tahu!


Biasanya wanita selepas bersalin akan menjalani tempoh memulihkan diri atau dikenali sebagai tempoh berpantang.

Ada yang mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari, 44 hari malah ada sehingga 100 hari! Selama tempoh ini, wanita perlu berpantang dalam aspek pengambilan makanan dan penjagaan diri.

Tujuan berpantang adalah untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan urat saraf serta organ dalaman wanita di samping mendapatkan bentuk tubuh seperti asal.

Namun adakalanya amalan berpantang sesetengah orang lama terlalu ketat dan tiada kajian perubatan membuktikan setiap ibu bersalin perlu berpantang terhadap makanan.

Sebenarnya tiada masalah bagi ibu berpantang untuk makan apa yang diinginkan tetapi pengambilan makanan ini ada hadnya.


Ia tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana sesetengah makanan dipercayai boleh memudaratkan badan jika diambil dalam tempoh berpantang. Ibu perlu ingat, apa yang dimakan, bayi juga akan turut merasainya terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi.

1.Makanan bersifat ‘bisa’


Ayam antara menu utama dalam kebanyakan masakan harian orang Malaysia. Ia dikatakan bersifat bisa yang boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan pendarahan bagi ibu dalam pantang. Selain itu,  telur dan beberapa jenis ikan turut bersifat ‘bisa’. Antara ikan berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari dan ikan sembilang.

Hal ini boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim ibu berpantang. Manakala mengikut petua Melayu, ikan haruan dan yu dipercayai boleh menyembuhkan luka dalaman dan luaran dan membanyakkan susu ibu.

2.Makanan bersifat sejuk


Antara sayur dan buah bersifat sejuk seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang.  Makanan ini dikatakan mempunyai ‘sifat’ sejuk yang boleh menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan. Laksa juga dikatakan makanan sejuk. Bunga kantan dan daun kesom pula boleh menyebabkan angin dalam badan dan memberi kesan kepada kesihatan berkaitan urat.

3.Makanan berangin


Ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu dikategorikan sebagai makanan 'berangin'. Ini kerana sifatnya dipercayai boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.

Kesimpulannya, sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara  yang jelas ialah mengamalkan pantang larang untuk pemakanan selepas bersalin akan membuatkan anda kembali sihat, anggun dan sihat tubuh supaya badan kembali bertenaga.

Yang penting ibu mesti makan makanan berkhasiat dan seimbang untuk mengemballikan kesihatan dan kecergasan.

Sumber: Pa&Ma

P.s: Mahukan anak anda sihat, cerdas dan bagus akhlaknya? Amalkan minum Susu Biomil. InsyaAllah ada kesannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...